PESAN TOK ABAH

Sentiasa jaga diri sendiri dan ingat 7 pesan ini ya:

1. Kawal diri sendiri. Perbetulkan pemikiran dan buang segala negativiti dalam diri.

2. Kematangan diukur apabila kamu telah berhenti bertanya kenapa seseorang itu tidak menelefon atau bertanya khabar kamu lagi.

Kamu hanya sedari bahawa segalanya berubah dan mereka ada kehidupan masing-masing. Mereka bukan melupakan kamu tetapi mereka juga ada perjuagan dalam hidup yang tersendiri.

Mulai hari ini, doakan walaupun di mana pun mereka berada.

3. Senyumlah selalu. Bermula dari bangun tidur sehingga kamu kembali tidur. Senyuman bukan memberikan kamu tenaga bahagia tetapi merawat jiwa yang sedang terluka.

Jangan biarkan kesedihan memakan kehidupanmu, tetapi biarlah senyumanmu menjaga hidupmu.

4. Hidup bukanlah soal siapa kamu sebelum ini. Tetapi ia adalah siapa kamu sekarang ini dan apa yang kamu nak buat selepas ini.

5. Kadangkala, hati kamu perlu lebih masa untuk menerima segala apa yang telah minda kamu ketahui. Berikan masa. Biarkan ia merawat segalanya.

6. Guru kita yang terhebat adalah pengalaman. Belajarlah dari pengalaman. Jatuh bangun dalam kehidupan akan lebih mendewasakan kita untuk menjadi insan hebat di atas muka bumi.

7. Ia adalah sebuah rahmat dan penyeksaan dalam pada masa yang sama apabila kamu merasai semuanya begitu mendalam dalam diri.

Maka bersederhanalah dalam apa juga yang kamu rasai, baik gembira, sedih, cinta, marah dan kecewa.

Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

Jadikan catatan Tok Abah ini sebagai nota kehidupan kamu ya. Sentiasalah jaga diri sendiri di mana pun kamu berada dan jagalah nama baik keluarga serta beri manfaat pada semua orang di sekeliling kita. Selagi masih ada upaya ya.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Pesan untuk diri sendiri dan semua sahabat kesayangan Tok Abah di sini.

*bersederhanalah dlm sglanya...*

Catatan popular daripada blog ini

SYUKUR

PETUA CINTA SEJATI

PETUA TOK ABAH