Catatan

SYUKUR

Kadang bnyk...belum tentu ada rsa alhamdulillah itu Apatah lagi bila sedikit.. Begitu sukar untuk hadirkan rasa kesyukuran itu.. Maka timbulah sebuah lagi rasa ungkitan n keluh kesah.. Manusia terlalu masalah untuk sebuah rasa syukur.. Bukankah Allah dah janji. Jika kita bersyukur, Dia akan hadirkan kecukupan itu Bahkan Dia akan tambahkan lgi...banyak n banyak n banyak Kadang org bersolat pon bleh tergelincir dlm menghadapi rasa tersebut.. Apatah lagi pd yg sebaliknya... Kemblikan rasa itu pada yg selayaknya.. Kembalilah kita pd janji Allah... Sebuah rase yang sukar utk diungkapkan

RASA INI

Ku berusaha hapuskan rasa ini Biar tidak lagi berharap Moga kekecewaan tidak lagi bersarang di hati Ku yakini rasa itu pasti Ku pujuk diri,  Mengharap pada yang lebih Pasti Kerna di situ terkumpul kekuatan Relakan rasa itu Agar bahagia ditemui nanti

RASA

Rasa itu indah Kdg boleh buat kita lupa Rasa sedih, gmbira, kecwa dan sbgnya Dalam 1 hri boleh bergabung semua rsa yg ada Sehingg kita lupa Utk bersederhana dgn rsa itu Kembalilah kepda YANG SATU Moga tidak terus tenggelam dgn RASA itu

PESAN TOK ABAH

Sentiasa jaga diri sendiri dan ingat 7 pesan ini ya: 1. Kawal diri sendiri. Perbetulkan pemikiran dan buang segala negativiti dalam diri. 2. Kematangan diukur apabila kamu telah berhenti bertanya kenapa seseorang itu tidak menelefon atau bertanya khabar kamu lagi. Kamu hanya sedari bahawa segalanya berubah dan mereka ada kehidupan masing-masing. Mereka bukan melupakan kamu tetapi mereka juga ada perjuagan dalam hidup yang tersendiri. Mulai hari ini, doakan walaupun di mana pun mereka berada. 3. Senyumlah selalu. Bermula dari bangun tidur sehingga kamu kembali tidur. Senyuman bukan memberikan kamu tenaga bahagia tetapi merawat jiwa yang sedang terluka. Jangan biarkan kesedihan memakan kehidupanmu, tetapi biarlah senyumanmu menjaga hidupmu. 4. Hidup bukanlah soal siapa kamu sebelum ini. Tetapi ia adalah siapa kamu sekarang ini dan apa yang kamu nak buat selepas ini. 5. Kadangkala, hati kamu perlu lebih masa untuk menerima segala apa yang telah minda kamu ketahui. Berikan masa. Biarkan ia...

UJIAN

Mana2 pon ujian still ada Jgn takut.jgn sedih.. Allah itu ada Ujian itu penguat diri Mnta Pada-Nya agar diberi kekuatan Berserah seglanya Pada-Nya Kerna Dia Yang Maha Mengatur Agar dipandu ke jalan yg lurus n benar Ujian itu penguat diri Hadapi dgn kesabaran Nangis andai perlu nangis Nangis snd smbil menghayati Agar kekuatan diperolehi sesudahnya

PETUA TOK ABAH

10 petua kenapa kita perlu sentiasa berimpian besar: 1. Penerokaan terbesar yang kita boleh ambil adalah hidup seperti apa yang kita impikan. 2. Tiada yang mustahil bagi mereka yang terus berusaha dan pantang menyerah. 3. Isyarat terbesar sesebuah kejayaan adalah hidup dengan penuh kebahagiaan dan kegembiraan sepenuhnya. 4. Jangan sekadar hidup mengikut sangkaan semata. Keluar, berjalan dan lakukan sesuatu yang indah dan takkan kita lupakan. 5. Tiada jaminan dalam hidup. Yang ada cuma peluang untuk terus berjuang. 6. Seseorang yang tidak pernah gagal, adalah orang seseorang yang tidak pernah mencuba sesuatu hal baharu. 7. Kegembiraan adalah satu ekspresi dari dalam hati dan minda. Kita akan selalu gembira, jika kita fikir dan berniat untuk bahagia. 8. Guru terbaik adalah sebuah kegagalan. Jika kita gagal, kita hanya berada dalam situasi kita baru mengetahui 1 lagi cara kita belum berjaya. Jangan lihat gagal sebagai gagal. Namun lihatlah gagal sebagai asbab untuk belajar dan mara kehada...

PETUA CINTA SEJATI

Repost FB:  Nak tahu kamu benar-benar dapat cinta sejati, ada 10 petua untuk kalian lihat: 1. Cinta itu berteraskan iman. Hubungan kamu dengan Allah semakin kukuh. Ibadah kamu semakin sempurna.  2. Setiap bait kata-kata terselit pujian buat pasangan. ia beri semangat, kekuatan dan tenaga positif untuk mulakan hari. 3. Tegur dengan tertib dan hikmah. Tertibnya mudah. Puji 7 kali dahulu, kemudian kali ke-8 baru menegur.  4. Cinta berputik seperti mula-mula berkenalan dulu. Sentiasa beri hadiah, ucapan cinta, makan di luar dan aktiviti yang dapat memupuk lagi cinta.  5. Menempuh ujian bersama. Sentiasa memberi sokongan tatkala pasangan lemah atau hampir putus asa. Hal itu akan jadi momen yang indah saat kalian sudah berjaya tempuh semua itu. 6. Lihat konflik sebagai jendela untuk mengenali pasangan dengan lebih akrab. Bukan menghukum atau membiarkannya lalui seorang diri. Konflik untuk dihadap bukan dilepaskan.  7. Cinta itu harus berteraskan kejujuran. Tiada penip...