PETUA TOK ABAH
10 petua kenapa kita perlu sentiasa berimpian besar:
1. Penerokaan terbesar yang kita boleh ambil adalah hidup seperti apa yang kita impikan.
2. Tiada yang mustahil bagi mereka yang terus berusaha dan pantang menyerah.
3. Isyarat terbesar sesebuah kejayaan adalah hidup dengan penuh kebahagiaan dan kegembiraan sepenuhnya.
4. Jangan sekadar hidup mengikut sangkaan semata. Keluar, berjalan dan lakukan sesuatu yang indah dan takkan kita lupakan.
5. Tiada jaminan dalam hidup. Yang ada cuma peluang untuk terus berjuang.
6. Seseorang yang tidak pernah gagal, adalah orang seseorang yang tidak pernah mencuba sesuatu hal baharu.
7. Kegembiraan adalah satu ekspresi dari dalam hati dan minda. Kita akan selalu gembira, jika kita fikir dan berniat untuk bahagia.
8. Guru terbaik adalah sebuah kegagalan. Jika kita gagal, kita hanya berada dalam situasi kita baru mengetahui 1 lagi cara kita belum berjaya.
Jangan lihat gagal sebagai gagal. Namun lihatlah gagal sebagai asbab untuk belajar dan mara kehadapan.
9. Satu kunci terbaik untuk berjaya adalah keyakinan diri. Dan keyakinan diri bukan dibuat-buat tetapi dikumpulkan melalui satu perkataan iaitu persediaan.
10. Kita tidak boleh malu atas apa yang kita punyai. Setiap orang memiliki kehidupan berbeza-beza dan unik. Hargai dan raikan setiap perjalanan dengan penuh kesyukuran.
Semoga kita terus berimpian besar, walau langkah hari ini masih lagi kecil bagi kalian. Tok Abah doakan kejayaan buat kalian ya.
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Ayuhhhh berjuang lagi!