TAK PERLU PAKSA
Repost from BONDA NOR:
Kurangkan-kurangkan bertanya. Kurang-kurangkan berkongsi cerita. Biar akhirnya kita lupa, pada semua itu pernah ada bahagia.
Tak perlu dirintihkan takdir. Tak perlu dikesalkan segala rasa yang pernah hadir. Biarkan saja ia menjadi cermin pada diri. Biarkan ia menjadi api yang menyuluh jauh ke dalam hati.
Memang, panasnya membahang! Tapi itulah yang menemukan kita dengan apa-apa yang lebih dan apa-apa yang kurang. Dan kerana itulah, kita menjadi kita yang semakin lama semakin matang.
Justeru tak mengapa. Kita terima saja takdir ini seadanya.
Bukan semua perpisahan perlu salam perpisahan. Ternyata masih ada yang mampu terpisah tanpa dipaksa dan memaksa keadaan. Tenang tanpa tekanan.
Maka, itu pilihan kita. Diam-diam bermain dengan masa. Diam tanpa dendam. Pergi tanpa benci. Hingga ia hilang tanpa disedari. Hingga akhirnya, cinta itu takkan pernah mampu ditemui lagi!
.
.
#BondaNor