MELEPASKAN VS MELEPASKAN+ REDA
Melepaskan itu sekadar ucapan. Kau boleh cakap pada orang, "Tak mengapalah, aku lepaskan dia"
Tapi jauh dalam hati kau sebenarnya, itu belum cukup memadai.
Ia sekadar bermain di bibir. Tapi kesakitan dan kekecewaan yang kau alami, cukuplah hanya kau sahaja yang rasa.
Hari ini saya belajar.
Melepaskan sahaja tak cukup. Ia harus disertai dengan reda. Ucapan melepaskan itu sahaja menunjukkan kau sekadar meletakkan keupayaan hanya pada diri kau sendiri.
Tapi apabila kau meletakkan sekali rasa reda. Kau benar-benar faham yang segala yang berlaku ini, semuanya sudah dirancang baik oleh sang penguasa untuk kau.
Kau benar-benar memahami yang dahulunya, orang yang berimpian sama dengan kau, yang meletakkan cita-cita yang sama, dan mendambakan perjalanan pengakhiran hidup yang sama, tidak lagi seiringan haluannya dengan kau.
Dan ini semuanya telah ditetapkan baik oleh Tuhan.
Kita ini, kuat macam mana kita genggam, kuat macam mana kita usaha, seandainya Tuhan kata tidak, maka tak akanlah terjadi. Benar, kita tiada upaya pun.
Redalah.
Tuhan akan menggantikan bunga yang layu dengan bunga yang lebih baik kuntumnya.
Dan bila kau pandang ke bawah, Tuhan akan menghadiahkan juga sebidang tanah yang subur.
Untuk kau menyemai terus kasih dan sayang menuju ke negeri yang paling abadi.
Jadi, jangan sedih lagi.
Syafiq Ridhwan