SUNGGUH TERKESAN
Stiapkali membca nukilan Beliau..tiada yg tidk terkesan...seolah2 mengetahui rsa yg sedg melnda di hati..
Bak kata USTAZ MUHAMMAD "TENANG-TENANG SHJLAH"
REPOST FACEBOOK Syafiq Ridhwan:-
Bila dia sedar segala yang kau mahu, yang kau perlukan, yang kau sepatutnya berhak dapat dalam perhubungan, dia tak dapat berikan, jangan lagi berharap yang dia akan datang dan mengubah segala perkara untuk kau semula.
Sekiranya dia mahu, dari awal lagi dia akan buat tanpa perlu untuk kau minta pun.
Sekiranya dia beritahu yang dia tak nampak masa depan bersama dengan kau, jangan beranggapan bahawa hari-hari mendatang, kau akan beroleh kebahagiaan bersama dia. Tak perlu pun yakinkan dia yang kalian masih mampu bersama.
Kerana kalau dia mahu kekal setia, dia sendiri akan memberitahu kau tentang masa depan kalian.
Sekiranya dia beritahu yang dia sudah tiada perasaan kepada kau. Tak perlu minta maaf kerana pernah menyayangi dia dengan mendalam. Tak perlu juga mengatakan bahawa itu satu kesalahan.
Kerana dahulu kalian mungkin bersama kerana kedua-dua kalian ada satu perasaan yang sama. Cuma hari ini, tidak lagi.
Sekiranya dia mengatakan yang dia pun tak tahu kenapa dia berubah. Tak perlu bertanyakan kenapa. Tak perlu mencari jawapan. Kerana sesungguhnya segala jawapan inisudah ada dan ia datang dari kejujuran hati.
Dan hati yang tidak lagi menyayangi tidak akan mampu lagi untuk menafikan.
Sekiranya pada akhirnya dia memberitau yang dia perlu pergi. Tak perlu berusaha sedaya upaya menyakinkan dia untuk tinggal lagi di sisi. Sekiranya dia benar-benar mahu, dia akan mencari 1001 cara untuk dia kekal di bersama dengan kau, tidak kira betapa sukarnya perjalanan tersebut.
Dan bila dia benar-benar sudah pergi nanti. Dalam diri kau, akan terkeluar segala perasaan. Berkecamuk semuanya. Jangan sekali-kali menghubungi dan bertanyakan tentang peluang kedua.
Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Namun selepas perpisahan, pasti akan pertemuan baru yang lebih baik.
Tinggal lagi sama ada kau nak percaya dengan masa mahupun tidak. Dan beritahu kepada diri kau, yang keputusan untuk dia pergi meninggalkan kau itu adalah tepat.
Dan kau akan baik-baik sahaja kawan.
Syafiq Ridhwan